Apr 30, 2015

Pasar Khamis di Menara DCA Putrajaya

cheritera oleh.. Dhya Surya at 4:28 PM
Assalamualaikum....

Sejak kerja di Putrajaya, setiap hari Khamis aku akan keluar untuk mencuci mata kat pasar kahamis. Pasar khamis nie selang - selang tempatnya, minggu nie kat DCA, next week di Sumber Asli.

Apa yang ada kat Pasar khamis nie???
 

Of coz la MAKANAN!

hahahahaha...

sebenarnya, banyak lagi barang yang ada. Daripada kelengkapan baby hingga keperluan rumah. Kalau nasib baik week tu akan ada peniaga barang basah. Memang tak payah dah nak pergi pasar dah.

Nie peniaga buah-buahan. Buah potong, bauh timbang kilo pon ada.
 

 

Nie pulak baju budak. Murah wei...buat basahan harian. Baju bdak paling murah RM 5.00 sehelai. Cantik-cantik. Untuk zakwan, aku rembat sehelai tadi. Boleh bawak balik Johor petang nie.

Makanan yang aku selalu serebu tiap-tiap minggu adalah Pizza mak cik nie. Kedai pizza dia laku, klo lambat baratur belakang jauh nun. Sekeping RM 3.00, pada aku yang paling sedap Original flavor.


Misi sebenar aku tuk pergi pasar khamis minggu nie sebenarnya nak cari alas kaki. Aku nak cari yang macam nie. Harga RM 10.00 dan pada aku harga tu okey dah. Next week kalau alas kaki nie xde mau meroyan aku jalan mencari.

(en. Google search)

Apa yang aku tahu jualan pasar Khamis nie di anjurkan oleh Puspanita kementrian berkenaan. Memang bagus adanya pasar khamis nie, banyak membantu ibu-ibu yang berkerja. Tak payah jauh-jauh pergi nak cari barang. All in one ada kat sini. Kalau korang yang ada kat putrajaya nie boleh la tyr pergi. Jangan berjangkit sakit pasar khamis sudah.

Mood nak bercuti bermula.
Yyyyyuuuuuhhhhhhoooo....

Salam.

0 comments:

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan