Pernah tengok tak benda alah ini...
macam cocopie kan??
last week guru besar bagi...
kate dia anak dia yang buat....
sedap....
tak berapa manis....
info tentang whoopie pie...
"Whoopie Pie ini adalah makanan pencuci mulut yang laris di US. Ianya adalah gabungan pai, kek, dan biskut (cookie). Pada permulaan sejarah Whoopie Pie ini, ianya adalah salah satu makanan pencuci mulut yang dimasak dan dibungkus oleh wanita ‘Pennsylvania Amish (Dutch)’untuk dijadikan bekal makanan tengah hari kepada para petani. Dimana, setiap kali tiba waktu makan tengah hari, para petani akan menjerit, “Whoopie !!…” Maka dari situlah pencuci mulut ini mendapat nama ‘Whoopie Pie‘. Sebelum diberi nama whoopie pie, pencuci mulut ini lebih dikenali dengan nama ‘hucklebucks‘ atau ‘creamy turtles‘. Para petani percaya, pencuci mulut ini asalnya dibuat dari sisa lebihan kek."
Tentang resipi pulak
ada macam-macam version....
different pada top cover dan base nya....
chocolate dan red Velvet...
ini yang version chocolate whoopie pie...
Bahan-bahan
- 1 3/4 cawan (230g) tepung
gandum*
- 3/4 cawan (75g) serbuk
koko*
- 1/4 sudu teh esen baking
soda*
- 1 sudu teh esen vanila - ayak bersama bahan2
bertanda
- 3/4 cawan (170g) cawan
mentega
- 3/4 cawan (150g) cawan gula
castor
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/4 cawan (60ml) buttermilk
( saya campurkan 1 sudu teh cuka+60ml susu segar dan biar 10 minit)
- 1/2 cawan (120ml) instant
coffee/ air suam ( saya guna instant coffee)
FILLING : boleh guna choc
ganache, buttercream, peanut butter atau nutella
Cara-cara
- Pukul mentega dan gula
hingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul
sebati. Masukkan esen vanilla.
- Didalam bekas lain,
satukan buttermilk dan coffee/air suam.
- Menggunakan kelajuan
rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung
akhiri dengan tepung juga)
- Menggunakan ice-cream
scoop/piping bag, paip adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas kertas
baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5cm.
- Bakar selama 10-12 minit
atau sehingga masak.
ini pulak yang version Red velvet whoopie pie...
Bahan-bahan;
2 ½ cawan Tepung (all
purpose flour)
1 teaspoon Serbuk Koko
½ teaspoon Baking Powder
¼ teaspoon Baking Soda
¾ cawan (170g) Butter (suhu bilik)
1 cawan (200g) Gula Castor
1 biji Telur (saiz besar – suhu bilik)
1 teaspoon Vanilla Esen
¾ cawan (180ml) Buttermilk**
1 tablespoon Pewarna Merah
**Info Buttermilk
Cara mudah untuk buat Buttermilk adalah dengan mencampurkan ¾ cawan susu segar
dengan ¾ teaspoon cuka atau perahan lemon. Biarkan selama 10 minit sebelum
digunakan.
Cara Membuat;
~
Panaskan oven suhu – 190°C.
~
Satukan dalam satu bekas dan ayak/tapiskan tepung, serbuk koko, baking powder
dan baking soda. Ketepikan.
~ Dalam bowl
mixer, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga kembang. (Jangan
pukul lama sangat. Pukul agak-agak warna butter putih sikit, cukuplah)
Kemudian masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan pula vanilla esen, pukul
sebati.
~ Dalam
bekas lain, satukan buttermilk dan pewarna merah. Kacau sebati.
~
Dengan kelajuan ‘mixer – low speed‘, masukkan adunan tepung dan bancuhan
buttermilk berselang-seli. Bermula dengan tepung, berakhir dengan tepung. (Cara
biasa seperti buat Kek Red Velvet).
“Tepung → Buttermilk → Tepung → Buttermilk →Tepung”
~ Bila
semua adunan dah sebati, bolehlah mulakan membentuk. Dibawah ini contoh adunan
yang sudah sedia untuk dibentuk.
~ Ada 3
cara untuk membuat bentuk Whoopie
Pie.
1.
Guna Scoop Ais Krim – Cara paling
mudah. Gunakan scoop ais krim yang bersaiz lebih kurang sama saiz dengan 1
tablespoon.
2.
Guna ‘Piping Beg‘ dan ‘Nozzle‘ – Boleh juga. Tapi kena
pastikan anda boleh dapatkan saiz bentuk yang sama semasa memicit piping beg.
3.
Guna ‘Sudu Sukat‘ 1 tablespoon – Cara
terbaik juga untuk dapatkan whoopie pie yang sama saiz. Dibawah adalah gambar
sudu sukat 1 tablespoon yang saya gunakan.
~
Alaskan dulang pembakar dengan ‘baking paper‘. Semasa menyusun adunan
diatas baking paper, pastikan ruang antara 1 adunan dengan adunan
yang lain sebanyak 2 inci (5cm).
~ Kalau
lihat gambar diatas, ada nampak tak bentuk tajam-tajam ala-alatanduk kesan
kita bentuk adunan tadi. Cara nak hilangkan tanduk-tanduk itu,
basahkan jari anda dan tekan perlahan bahagian tajam adunan itu menggunakan
jari untuk hilangkan kesan tanduk tersebut.
~ Contoh adunan yang dah
siap, untuk dibakar.
~
Dengan kepanasan oven 190°C, bakarkan adunan selama 9 – 10 minit. Dibawah
adalah contoh Whoopie Pie yang sudah siap dibakar. Nak tahu sama ada Whoopie
Pie sudah masak atau belum, cucuk whoopie pie dengan lidi pencungkil gigi.
Kalau tiada adunan melekat pada lidi, maknanya whoopie pie sudah masak…
~
Sementara menunggu whoopie pie sejuk, bolehlah sediakan Krim Fillinguntuk whoopie pie ini.
Bahan-bahan Filling;
125g Cream Cheese
50g Butter
80g Gula Icing
Cara Membuat;
~ Pukul cream cheese dan
butter hingga kembang.
~ Dengan kelajuan ‘low
speed‘, masukkan gula sedikit demi sedikit.
~ Siap. Masukkan dalam piping
beg untuk dijadikan filling.
~ Saya gunakan Coklat Nuttella sebagai hiasan
atas.
Siap… Bolehlah dimakan..
nyum~ nyum~
kesimpulannya....
kena buat sendiri....
mak buyung tak puas dapat makan 3 biji je!!!!!!!!!!!
till then,
Dhya Surya.
1 comments:
Yeayyyy..cnteknye bajuuu..hehe..
Post a Comment