E-DAY / WEDDING

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertunangan dan Perkawinan merupakan majlis yang besar dalam kehidupan seseorang, so persiapan dan pemilihan vendor haruslah sesuai dan mengikut bajet bakal raja dan permaisuri hari tersebut.

Berikut merupakan vendor majlis pertunangan dan perkahwinan kami.


E-day / Pertunangan



PAKAIAN

Untuk saya, pakaian susah nak cari, sebab apa? sebab SAIZ! need a big saiz. Dari awal saya dah decide nak warna coklat (untuk cover si chuby nie). Pilihan saya, baju kebaya sulam. Pakaian nie saya dapat daripada Baju Pengantin Kebaya Sulam... Search album diaorang then PM je...nice layanan yang diberikan. Waktu saya beli, harga kebaya sulam ini RM270.00 pada saya murah. Sebabnya, kalau nak beli,tempah then tambah beading conform harga more then that.  My MUA pun kate murah!


kebaya sulam dark coklat!



 Hasil pemakian oleh saya.


PHOTOGRAPHER

Ha..yang ini memang susah nak tetapkan...sebabnya, korang akan sentiasa rasa semua OP yang korang tgok "BEST" hasil kerjanya. Walaubagaimana pun, korang kena tanya poket money dulu.....kui kui kui...

Untuk E-day, saya lantik OP saya Aizul Marcello. Korang boleh tgok hasil tangan dia SUPER...sekang dah ada company OP sendiri lagi.


FB (personal) : Aizul Marcello
FB (company) : eyeStudioPhoto

dah jadi TUNANGAN orang
-AizuLynda-



MAKE UP ARTIS (MUA)

Sebagai perempuan, of coz nak cantik kan...lagi-lagi pada hari memori diaorgkan???

Macam tu jgak la saya. Untuk MUA ini korang kena survey betul-betul, janagn main tadah je muka. Tengok hasil kerja mereka dulu, baca feedback yang diberikan oleh bekas customer mereka. Bagi yang ada banyak kelapangan masa, contect MUA yang korang berminat tu, tanya boleh tak sekiranya nak trial make up dulu.

Meh sini saya tolong listkan MUA yang hasil kerja mereka BOOM!


So, tepuk poket tanya ada isi tak???
Pertunangan saya dengan Encik Suami, di tatariaskan oleh  AwinSeindahwajah.
Yang kelakarnya sebelum pilih MUA ini Encik Suami memang tak nak campur. Sebabnya, dia tak tahu nak pilih yang mana. Tngok tak beza pun. Yang penting dia tak nak muka saya jadi macam OPERA CINA!
Okey, servis dengan kak Awin memang best. Dia akan buat ikut request customer. Apa request saya, sebenarnya saya tak request apa-apa pun. Saya just kate "buat la akak, asalkan CANTIK ". Tengok hasilnya jom.






MINI PELAMIN

kalau orang dulu-dulu, tak perlu pun mini pelamin nie. Diaorang just hias bilik tido cecantik then tunggu sampai sesi sarung cincin. Tapi untuk muda mudi generasi X Y Z salah satu item penting dalam majlis. HAhahahahaha....

Untuk mini pelamin saya saya pilih HanaZakariaWeddingPlanner ...
kalau kat melaka mmg susah nak cari  WP yang best dan up to date... meleleh air mata nak mencari oooooo....

 

 

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan