Sep 12, 2013

Orang baru.....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 12:45 PM 3 comments Links to this post
Nama : Muhamad Zakwan bin Mohd Izdihar
D.O.B : 5 September 2013 , 9.28am
P.O.B : Hospital Pakar An-Nur Bangi, Selangor

Aug 27, 2013

Akar Fatimah

cheritera oleh.. Dhya Surya at 3:43 PM 1 comments Links to this post


ini lah dia akar fatimah yang di rendam minggu lepas….
kembang semangkuk….ko……
pejam celik mata negok…
padahal baru 36 week masa rendam…
dalam hati terdetik “nak bersalin dah ke????”

oleh kerana aku bukanlah orang yang berani minum air akar...
so aku keringkan balik akar nie...
sekang dok kuncup balik dok dalam bekas....

Akar fatimah ni aku dapat dari nenek Incik Suami...
entah berapa generasi yang dah guna...
sampai kat aku....kembang terus kuncupkan balik....

untuk mempercayai tentang akar fatimah ni bergantung pada kepercayaan masing-masing...
apa-apa pun semuanya terpulang kepada kekutan fizikal dan mental ibu yang mengandung....

buat masa sekarang aku amalkan minum air zam-zam dan air selulusuh yang Incik Suami buat menggunakan air mineral....
kalau di pikirkan takut...
memang aku takut...
takut kena jahit.....huhuhuhuhu.....

bila aku takut aku akan baca ayat ni...


till then, 
Dhya Surya.

Aug 23, 2013

Tayang porut....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 4:15 PM 3 comments Links to this post
Mood nak menaip tak ada…
so tayang gambor je….








till then, 
Dhya Surya.

Aug 6, 2013

WHOOPIE PIES

cheritera oleh.. Dhya Surya at 10:57 AM 1 comments Links to this post

Pernah tengok tak benda alah ini...
macam cocopie kan??


last week guru besar bagi...
kate dia anak dia yang buat....
sedap....
tak berapa manis....

info tentang whoopie pie...

"Whoopie Pie ini adalah makanan pencuci mulut yang laris di US. Ianya adalah gabungan pai, kek, dan biskut (cookie). Pada permulaan sejarah Whoopie Pie ini, ianya adalah salah satu makanan pencuci mulut yang dimasak dan dibungkus oleh wanita ‘Pennsylvania Amish (Dutch)’untuk dijadikan bekal makanan tengah hari kepada para petani. Dimana, setiap kali tiba waktu makan tengah hari, para petani akan menjerit, “Whoopie !!…” Maka dari situlah pencuci mulut ini mendapat nama ‘Whoopie Pie‘. Sebelum diberi nama whoopie pie, pencuci mulut ini lebih dikenali dengan nama ‘hucklebucks‘ atau ‘creamy turtles‘. Para petani percaya, pencuci mulut ini asalnya dibuat dari sisa lebihan kek."

Tentang resipi pulak
ada macam-macam version....
different pada top cover dan base nya....
chocolate dan red Velvet...

ini yang version chocolate whoopie pie...


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan (230g) tepung gandum*
  • 3/4 cawan (75g) serbuk koko*
  • 1/4 sudu teh esen baking soda*
  • 1 sudu teh esen vanila  - ayak bersama bahan2 bertanda 
  • 3/4 cawan (170g) cawan mentega
  • 3/4 cawan (150g) cawan gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/4 cawan (60ml) buttermilk ( saya campurkan 1 sudu teh cuka+60ml susu segar dan biar 10 minit)
  • 1/2 cawan (120ml) instant coffee/ air suam ( saya guna instant coffee)

  
FILLING : boleh guna choc ganache, buttercream, peanut butter atau nutella

Cara-cara
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla.
  • Didalam bekas lain, satukan buttermilk dan coffee/air suam.
  • Menggunakan kelajuan rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung akhiri dengan tepung juga) 
  • Menggunakan ice-cream scoop/piping bag, paip adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas kertas baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5cm.
  • Bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak. 




ini pulak yang version Red velvet whoopie pie...

Bahan-bahan;
2 ½ cawan Tepung (all purpose flour)
1 teaspoon Serbuk Koko
½ teaspoon Baking Powder
¼ teaspoon Baking Soda
¾ cawan (170g) Butter (suhu bilik)
1 cawan (200g) Gula Castor
1 biji Telur (saiz besar – suhu bilik)
1 teaspoon Vanilla Esen
¾ cawan (180ml) Buttermilk**
1 tablespoon Pewarna Merah
**Info Buttermilk
Cara mudah untuk buat Buttermilk adalah dengan mencampurkan ¾ cawan susu segar dengan ¾ teaspoon cuka atau perahan lemon. Biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Cara Membuat;
~ Panaskan oven suhu – 190°C.
~ Satukan dalam satu bekas dan ayak/tapiskan tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
~ Dalam bowl mixer, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga kembang. (Jangan pukul lama sangat. Pukul agak-agak warna butter putih sikit, cukuplah) Kemudian masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan pula vanilla esen, pukul sebati.
~ Dalam bekas lain, satukan buttermilk dan pewarna merah. Kacau sebati.
~ Dengan kelajuan ‘mixer – low speed‘, masukkan adunan tepung dan bancuhan buttermilk berselang-seli. Bermula dengan tepung, berakhir dengan tepung. (Cara biasa seperti buat Kek Red Velvet).
“Tepung
Buttermilk Tepung Buttermilk Tepung
~ Bila semua adunan dah sebati, bolehlah mulakan membentuk. Dibawah ini contoh adunan yang sudah sedia untuk dibentuk.


~ Ada 3 cara untuk membuat bentuk Whoopie Pie.
1.    Guna Scoop Ais Krim – Cara paling mudah. Gunakan scoop ais krim yang bersaiz lebih kurang sama saiz dengan 1 tablespoon.
2.    Guna ‘Piping Beg‘ dan ‘Nozzle‘ – Boleh juga. Tapi kena pastikan anda boleh dapatkan saiz bentuk yang sama semasa memicit piping beg.
3.    Guna ‘Sudu Sukat‘ 1 tablespoon – Cara terbaik juga untuk dapatkan whoopie pie yang sama saiz. Dibawah adalah gambar sudu sukat 1 tablespoon yang saya gunakan.



~ Alaskan dulang pembakar dengan ‘baking paper‘. Semasa menyusun adunan diatas baking paper, pastikan ruang antara 1 adunan dengan adunan yang lain sebanyak 2 inci (5cm).

~ Kalau lihat gambar diatas, ada nampak tak bentuk tajam-tajam ala-alatanduk kesan kita bentuk adunan tadi. Cara nak hilangkan tanduk-tanduk itu, basahkan jari anda dan tekan perlahan bahagian tajam adunan itu menggunakan jari untuk hilangkan kesan tanduk tersebut.
~ Contoh adunan yang dah siap, untuk dibakar.

~ Dengan kepanasan oven 190°C, bakarkan adunan selama 9 – 10 minit. Dibawah adalah contoh Whoopie Pie yang sudah siap dibakar. Nak tahu sama ada Whoopie Pie sudah masak atau belum, cucuk whoopie pie dengan lidi pencungkil gigi. Kalau tiada adunan melekat pada lidi, maknanya whoopie pie sudah masak…



~ Sementara menunggu whoopie pie sejuk, bolehlah sediakan Krim Fillinguntuk whoopie pie ini.
Bahan-bahan Filling;
125g Cream Cheese
50g Butter
80g Gula Icing
Cara Membuat;
~ Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.
~ Dengan kelajuan ‘low speed‘, masukkan gula sedikit demi sedikit.
~ Siap. Masukkan dalam piping beg untuk dijadikan filling.

~ Saya gunakan Coklat Nuttella sebagai hiasan atas.

Siap… Bolehlah dimakan.. nyum~ nyum~

kesimpulannya....
kena buat sendiri....
mak buyung tak puas dapat makan 3 biji je!!!!!!!!!!!

 till then, 
Dhya Surya.

Jul 25, 2013

The result is....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 3:45 PM 1 comments Links to this post


Dengan ini resul MGTT dh keluar....

Fasting : 4.78
2 HPP : 8.18

failed!
dan disyaki ada kencing manis...


oleh yang demikian nurse dan doktor suruh buat BSP (Blood Sugar Profile) ....
dari 32 week sampai 36 week...
2 minggu sekali..
terkebil-kebil mata bila nurse bagi peneranagan nak kena cocok jari 4 kali dalam 1 hari.....

nurse dan doktor bagi pilihan untuk buat sendiri kat rumah atau datang KK...
kalau datang KK miss puasa...
sebab lepas ambik BSP kena makan....

okey cara kalau buat kat KK...

  • Puasa start 10.00 pm sebelum hari untuk buat ujian 
  • Esok paginya 8.00 am datang KK ambik 1st test (pastu makan sarapan macam biasa)
  • Dalam 10.00 am sambung puasa  2 jam semula….2 jam lepas puasa dalam 12.00 pm.. datang KK amik darah utk 2nd test (pastu makan lunch macam biasa)
  • Dalam kul 2.00 pm puasa lagi  2 jam… dalam kul 4.00 pm datang KK amik darah utk 3rd test (pastu makan  biasa)
  • dalam kul 5.00 pm puasa lagi  2 jam... dalam kul 7.00 pm datang KK amik darah utk 4th test (makan la balik macam biasa)
untuk setengah KK kul 5.00 pm daha tutup...
so untuk kul 7.00 pm punya BSP boleh pergi klinik swasta...
penat ooo ulang alik KK 4 kali...


cara lain tak nak penat dan boleh puasa adalah dengan beli BSP set atau pinjam la kat member-member yang ada set BSP ini...

bila ada set sendiri boleh buat lepas berbuka....

makan kena jaga la sehingga bersalin nie...
daripada kena ambik insulin....
oooooohhhh TIDAK!
wwwwaaaaaa....


till then, 
Dhya Surya.

Jul 12, 2013

Untuk kali ke-3

cheritera oleh.. Dhya Surya at 4:20 PM 0 comments Links to this post

semalam 11/01/2013 pergi check up untuk 30 minggu...
result mgtt dah dapat...

boarder.....

untuk yang 1st time 
before : 5.32
after : 7.26

untuk yang 2nd time 
before : 4.36
after : 7.38

dan sekarang doktor request buat for the third time...
on 19/07/2013


miss 1 hari puasa la nampaknya......


till then, 
Dhya Surya.

Jul 10, 2013

Ramadhan as Ibu to be...

cheritera oleh.. Dhya Surya at 3:59 PM 1 comments Links to this post

Salam Ramadan 1434H...

saya dah 30 minggu....

baby sangat aktif, kerap menendang...
kadang-kadang rasa degupan yang laju pada perut...
rasa happy bila keadaan ini....

untuk hari pertama ini...
allhamdulillah...baby still aktif...

macam rasa berpusing-pusing pun ada...

ibu usap perut sambil kata...
"sayang...jap lagi magrib kita makan ye....
sekarang kita sama-sama tahan dulu ye sayang...."


till then, 
Dhya Surya.

nota kaki : teringin nak makan roti sapu ngn planta dan gula, pastu cicah air milo...
gara-gara tengok budak pra yang tak posa tadi makan....

Jun 6, 2013

April to Jun....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 4:18 PM 1 comments Links to this post

Gatai nak update 
apa yang jadi pada diri malas ini 
sepanjang mac hingga sekarang...

Mula-mula nak panjangkan kesyukuran kehadrat 
Allah atas rezeki yang diberikan....
satu-satu berita gembira kami terima...

Dalam pada usia kandungan saya 3 bulan saya 
ditawarkan jawatan tetap dalam kerajaan...
jawatan yang ditawarkan jauh lari dari bidang saya...
namun saya terima dengan hati berbuka.... ^_^

24 April 2013 saya diarahkan melapor diri 
di Sekolah Kebagsaan Puchong Utama 3....
jarak dari rumah di Putrajaya ke Puchong dalam 30 minit....
pada saya jarak dan tempoh perjalanan tidak ada masalah...
masa saya bekerja jam 7.00 pagi....
maknanya saya kena sampai sekolah sebelum 7.00 pagi...
so back to rutin harian macam kat Intel dulu la....
bangun pagi 5.15 pagi @ 5.30 pagi....
huhuhuhuhuhu.....
(bercinta dengan bantal oooooooo..............)
bermula la hari saya setiap hari pada jam 5.30 pagi....

Manusia....
bila dah bagi betis nak peha....
dalam hati terdetik nak mintak sekolah area Putrajaya tuuu...
kerja kat Sekolah Puchong tak sampai 1bulan dah plan macam-macam....

Dalam tempoh saya kat Sekolah Puchong tu....
2 x saya ke KK Putrajaya untuk checkup kandungan...
dari 1st checkup sampai sekang...
syukur HB,BP dan  gula  saya tak ada masalah...
but on 20 week checkup...
doktor bagi tahu baby saya "besar"
usia 20 minggu tapi besar baby 22 minggu....
saya dan Incik Suami dok pikir...
"saya silap bagi tarikh last day period ke???
ke terlebih vitamin???"
doktor tak berani nak kata apa....
yang dia suruh ...pergi minum air gula....
so, on 27 Mei 2013 saya minum la air gula kat KK Putrajaya Presint 9.....
bila result keluar... saya tak ada masalah....
just on boarder....

20 minggu... 


bila bincang dengan doktor untuk checkup 24 week...
sama jugak...baby "besar" lebih usia 2 minggu.... 
doktor terus bagi surat suruh refer Hospital Putrajaya....
masa ini Incik Suami gelabah...
tengok muka pucat....
huhuhuhuhuhu....
(nakal kan isterimu ini...hahhahahahaha)
so kita tunggu doktor check 18 Jun 2013 ini.....


24 minggu....


stop jap citer checkup kandungan.....
kan tadi saya ada hati nak mintak pindah sekolah Putrajaya....
tak sangka...
Allah memang dah tetapkan jalan hamba-hambanya...
22 Mei 2013 genap sebulan saya kat Sekolah Kebagsaan Puchong Utama 3...
saya dapat surat dari kementrian saya ditawarkan untuk bertukar di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2).....
Ya Allah....
time tu macam mimpi....
saya sedar saya orang baru....tapi tu kuasa Allah untuk mementukan rezeki...
SYUKUR YA ALLAH....

Bermula la pula saya di sekolah baru pada 3 Jun 2013....
kita tunggu naik sekolah 10 Jun 2013 ini...
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2) ini sekolah baru....
murid baru ada...
prasekolah..
darjah 1 dan darjah 2...
total semua murid 65 orang.....

okey baby dah makin bergolek-golek....
huhuhuhuhu....
ibu cari makanan ye sayang......



till then, 
Dhya Surya.

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan