Aug 27, 2013

Akar Fatimah

cheritera oleh.. Dhya Surya at 3:43 PM 1 comments


ini lah dia akar fatimah yang di rendam minggu lepas….
kembang semangkuk….ko……
pejam celik mata negok…
padahal baru 36 week masa rendam…
dalam hati terdetik “nak bersalin dah ke????”

oleh kerana aku bukanlah orang yang berani minum air akar...
so aku keringkan balik akar nie...
sekang dok kuncup balik dok dalam bekas....

Akar fatimah ni aku dapat dari nenek Incik Suami...
entah berapa generasi yang dah guna...
sampai kat aku....kembang terus kuncupkan balik....

untuk mempercayai tentang akar fatimah ni bergantung pada kepercayaan masing-masing...
apa-apa pun semuanya terpulang kepada kekutan fizikal dan mental ibu yang mengandung....

buat masa sekarang aku amalkan minum air zam-zam dan air selulusuh yang Incik Suami buat menggunakan air mineral....
kalau di pikirkan takut...
memang aku takut...
takut kena jahit.....huhuhuhuhu.....

bila aku takut aku akan baca ayat ni...


till then, 
Dhya Surya.

Aug 23, 2013

Tayang porut....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 4:15 PM 3 comments
Mood nak menaip tak ada…
so tayang gambor je….








till then, 
Dhya Surya.

Aug 6, 2013

WHOOPIE PIES

cheritera oleh.. Dhya Surya at 10:57 AM 1 comments

Pernah tengok tak benda alah ini...
macam cocopie kan??


last week guru besar bagi...
kate dia anak dia yang buat....
sedap....
tak berapa manis....

info tentang whoopie pie...

"Whoopie Pie ini adalah makanan pencuci mulut yang laris di US. Ianya adalah gabungan pai, kek, dan biskut (cookie). Pada permulaan sejarah Whoopie Pie ini, ianya adalah salah satu makanan pencuci mulut yang dimasak dan dibungkus oleh wanita ‘Pennsylvania Amish (Dutch)’untuk dijadikan bekal makanan tengah hari kepada para petani. Dimana, setiap kali tiba waktu makan tengah hari, para petani akan menjerit, “Whoopie !!…” Maka dari situlah pencuci mulut ini mendapat nama ‘Whoopie Pie‘. Sebelum diberi nama whoopie pie, pencuci mulut ini lebih dikenali dengan nama ‘hucklebucks‘ atau ‘creamy turtles‘. Para petani percaya, pencuci mulut ini asalnya dibuat dari sisa lebihan kek."

Tentang resipi pulak
ada macam-macam version....
different pada top cover dan base nya....
chocolate dan red Velvet...

ini yang version chocolate whoopie pie...


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan (230g) tepung gandum*
  • 3/4 cawan (75g) serbuk koko*
  • 1/4 sudu teh esen baking soda*
  • 1 sudu teh esen vanila  - ayak bersama bahan2 bertanda 
  • 3/4 cawan (170g) cawan mentega
  • 3/4 cawan (150g) cawan gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/4 cawan (60ml) buttermilk ( saya campurkan 1 sudu teh cuka+60ml susu segar dan biar 10 minit)
  • 1/2 cawan (120ml) instant coffee/ air suam ( saya guna instant coffee)

  
FILLING : boleh guna choc ganache, buttercream, peanut butter atau nutella

Cara-cara
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla.
  • Didalam bekas lain, satukan buttermilk dan coffee/air suam.
  • Menggunakan kelajuan rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung akhiri dengan tepung juga) 
  • Menggunakan ice-cream scoop/piping bag, paip adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas kertas baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5cm.
  • Bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak. 




ini pulak yang version Red velvet whoopie pie...

Bahan-bahan;
2 ½ cawan Tepung (all purpose flour)
1 teaspoon Serbuk Koko
½ teaspoon Baking Powder
¼ teaspoon Baking Soda
¾ cawan (170g) Butter (suhu bilik)
1 cawan (200g) Gula Castor
1 biji Telur (saiz besar – suhu bilik)
1 teaspoon Vanilla Esen
¾ cawan (180ml) Buttermilk**
1 tablespoon Pewarna Merah
**Info Buttermilk
Cara mudah untuk buat Buttermilk adalah dengan mencampurkan ¾ cawan susu segar dengan ¾ teaspoon cuka atau perahan lemon. Biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Cara Membuat;
~ Panaskan oven suhu – 190°C.
~ Satukan dalam satu bekas dan ayak/tapiskan tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
~ Dalam bowl mixer, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga kembang. (Jangan pukul lama sangat. Pukul agak-agak warna butter putih sikit, cukuplah) Kemudian masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan pula vanilla esen, pukul sebati.
~ Dalam bekas lain, satukan buttermilk dan pewarna merah. Kacau sebati.
~ Dengan kelajuan ‘mixer – low speed‘, masukkan adunan tepung dan bancuhan buttermilk berselang-seli. Bermula dengan tepung, berakhir dengan tepung. (Cara biasa seperti buat Kek Red Velvet).
“Tepung
Buttermilk Tepung Buttermilk Tepung
~ Bila semua adunan dah sebati, bolehlah mulakan membentuk. Dibawah ini contoh adunan yang sudah sedia untuk dibentuk.


~ Ada 3 cara untuk membuat bentuk Whoopie Pie.
1.    Guna Scoop Ais Krim – Cara paling mudah. Gunakan scoop ais krim yang bersaiz lebih kurang sama saiz dengan 1 tablespoon.
2.    Guna ‘Piping Beg‘ dan ‘Nozzle‘ – Boleh juga. Tapi kena pastikan anda boleh dapatkan saiz bentuk yang sama semasa memicit piping beg.
3.    Guna ‘Sudu Sukat‘ 1 tablespoon – Cara terbaik juga untuk dapatkan whoopie pie yang sama saiz. Dibawah adalah gambar sudu sukat 1 tablespoon yang saya gunakan.



~ Alaskan dulang pembakar dengan ‘baking paper‘. Semasa menyusun adunan diatas baking paper, pastikan ruang antara 1 adunan dengan adunan yang lain sebanyak 2 inci (5cm).

~ Kalau lihat gambar diatas, ada nampak tak bentuk tajam-tajam ala-alatanduk kesan kita bentuk adunan tadi. Cara nak hilangkan tanduk-tanduk itu, basahkan jari anda dan tekan perlahan bahagian tajam adunan itu menggunakan jari untuk hilangkan kesan tanduk tersebut.
~ Contoh adunan yang dah siap, untuk dibakar.

~ Dengan kepanasan oven 190°C, bakarkan adunan selama 9 – 10 minit. Dibawah adalah contoh Whoopie Pie yang sudah siap dibakar. Nak tahu sama ada Whoopie Pie sudah masak atau belum, cucuk whoopie pie dengan lidi pencungkil gigi. Kalau tiada adunan melekat pada lidi, maknanya whoopie pie sudah masak…



~ Sementara menunggu whoopie pie sejuk, bolehlah sediakan Krim Fillinguntuk whoopie pie ini.
Bahan-bahan Filling;
125g Cream Cheese
50g Butter
80g Gula Icing
Cara Membuat;
~ Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.
~ Dengan kelajuan ‘low speed‘, masukkan gula sedikit demi sedikit.
~ Siap. Masukkan dalam piping beg untuk dijadikan filling.

~ Saya gunakan Coklat Nuttella sebagai hiasan atas.

Siap… Bolehlah dimakan.. nyum~ nyum~

kesimpulannya....
kena buat sendiri....
mak buyung tak puas dapat makan 3 biji je!!!!!!!!!!!

 till then, 
Dhya Surya.

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan