Mar 5, 2013

so it' a boy....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 5:17 PM 3 comments


Ibu mengandung nak mintak maaf...
lama dah xupdate blog dan jalan-jalan cuci mata kat jiran-jiran blog....


Masuk minggu ini dah 12 minggu saya preggy...
kehidupan macam biasa, makan selera, syukur saya taidak mengalami sebarang moning sicness, muntah-muntah pun tak ada, tidur pun allhamdulillah cukup masa rehatnya, cuma bila keluar jalan-jalan cepat rasa letih.

Selalu bila ibu mengandung yang akan alahan tentunya si ibu KAN...KAN...KAN....
tapi untuk saya, Incik Suami yang dapat bahagianya. 1st week dapat tahu saya preggy je, Incik Suami dah mula tak boleh makan ikan besar-besar, macam ikan siakap. Padahal, sebelum ini siakap tiga rasa la  menu utama kami untuk hari Sabtu @ Ahad. Kalau Incik Suami jamah, comform lari pergi toilet la gamaknya. 

Selain ikan besar-besar, Incik Suami jugak tak boleh makan nasi lemak....
oooooo...sangat la rugi rasanya....penah 1 malam tu, my family hidang set nasi lemak, mula-mula tu Incik Suami macam boleh telan, tapi sat je....terus lari pi toilet.
wuuuek...wueeek lagi...

Bila bakal bergelar seorang ibu, mestilah nak yang terbaik untuk bayi yang bakal lahirkan. Sepanjang tempoh preggy nie ini suplement yang saya ambik.


i - Set Shaklee Ibu mengadung
ii - EPO
iii - Asid Folic

  Walaupun payah nak telan semuanya, tapi tetap ku telan juga.


Ini nak update film scan kat KK Presint 3, Putrajaya pagi tadi.


Doktor kata baby aktif, kesian doktor tu, dia nak ukur dari kepala baby sampai ke kaki. Tapi tak dapat. Baby gerak-gerak sebab ruang perut ibu besar ye....
 hehehehe...

Tapi agak memeranjatkan juga, sebab doktor tu nampak jantina baby.
Doktor kata nampak "LULU" baby....
so it' a boy....
sebelum ini baca dalam blog ibu-ibu preggy tahu jantina dalam 5 bulan ke atas.
Tak sangka pulak tahu awal jantinanya....  =)

Penat dah menaip, esok-esok update lagi....=)

 
 
till then,


Dhya Surya.

 
 
  

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan