Mar 3, 2012

3 sehenget...tapi bile kat bandor....

cheritera oleh.. Dhya Surya at 12:54 AM
salam....

perbezaan untuk sesuatu yang sama...
cuma di mana ianya dijual membezakan harganya....

pernah makan ataupun jumpa makanan nie x???

ini la "Apam Lenggang"
search from google...


ape cer apam lenggang nie????

begini....
kenangan masa kat kulim tanah tumpah mencari rejeki...
harga untuk dapatkan apam nie hanyalah 4keping = RM1.00
sangatlah murah...
memanglah tidak dapat dinafikan...
untuk menghasilkannya adalah sangat mudah...
bahan-bahanya juga mudah nak didapatkan...

tapi...
(nak gosip nie)
ada peniaga di pasar mlm putrajaya yang menjualnya dengan harga
 1keping = RM1.00...
terkelip-kelip mata nie sekejap bila tau harga...
syukur x order lagi.....

amat-amatlah TIDAK berbaloi!!!!
rasa macam kena tipu dengan peniaga!!!
disebabkan rasa ini...
saya memalukan activity memuaskan "nafsu" makan saya...
pulun buat sendiri...




nah ngok hasilnya....



x secantik macam kedai punya...
tapi okey la...hahahaha....



macam mana gaya nak buatnya...
sonang bangat.....


follow this....
bahan-bahan




1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
4 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur




cara-caranya....


1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi




3. panaskan kuali,(saya gunakan kuali non-stik) gunakan 1 senduk untuk melenggangkan adunan
4. tutup dengan tudung periuk seketika.




5. setalah hampir 3 minti dan agak kekuningan bolehlah angkat hasilnya
6. okey...siap...^_^



senang sangat nak buat...
lepas hajat...makan siap cicah gulai daging...
huhuhuhu....
kesimpulanya, usaha akan capai kejayaan...^_^

 
nota dhya : lepas nie nak try buat  "CHAPATTI" pulak..

2 comments:

Unknown on Saturday, 03 March, 2012 said...

nmpk sedap je
x penah mkan lg nie

Dhya Surya on Sunday, 04 March, 2012 said...

Hai ekin...
must try tau...=)
best tuk minum ptg...

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan