Jan 23, 2014

Journey of Muhamad Zakwan

cheritera oleh.. Dhya Surya at 3:58 PM

Entry bersalin ari tu...

Bersalin....
satu pengalaman yang tak akan dilupakan...
saat - saat tibanya cahaya mata penyeri kehidupan...



Flash back balik.....

4 September 2013.
Start kul 4.30 ptg, balik dari sekolah okey lagi boleh masak tuk makan malam.
tapi dah rasa lenguh-lenguh, jap-jap take break. siap je masak dok kat meja makan, terus je rasa macam nak bukak barang kemas. Bg thu Incik Suami nak rehat jap, tido. Sedar time mgrib, ngadu kat Incik Suami sakit pinggang ngn montot.
Incik Suami kate "sabar  ye syg, tahan sikit tuk baby ye..."
okey, aku pon pasrah je..plan mlm tu nk g bangi cari set bersalin batal sebab badan rasa letih sangat.

5 September 2013.
Kul 3.15 pagi, perut nie rasa kejang. Kejut Incik Suami,pastu mintak dia usap2 perut selawtkan. Aku terus tertido balik. 

Kul 8.00 pagi,lepas siap mandi dan membuang air kecil serta besar. Aku terbaring atas katil. Time tu mmg sakit dh. Memulas-mulas. Terus bgtahu Incik Suami nk g hospital. Time tu boleh pulak Incik Suami bg soalan..."nak g hospital mana....???"
Aku just jawab mana-mana pon boleh.


Incik Suami decide pergi Hospital An-Nur, Bangi. Weeeiii...dia bawak kater siap bukak double signal...hahahahaha...aku nak gelak time tu tapi xboleh sbb sakit.
Okey sampai je An-Nur, guard tu terus sorong aku nak wheal chair(1st time naik).

Diaorg bawak aku g 1 bilik, aku lupa apa nama bilik tu. Yang penting time tu la 1st time aku kena SELUK. Yang seluk aku tu bidan kat An-Nur. Bidan suruh aku tarik nafas waktu dia seluk....huhuhuhuhu...apa rasa kena seluk???
Kalau org tnya sakit tak kena seluk???  Aku jawab TAK.
Okey, pas bidan dah seluk dia kate jalan dah bukak 7cm, tapi kepala baby tak rasa lagi.

Of coz la tak rasa, sbb baby aku tak engage lagi. Tinggi lagi wei...
Incik Suami tnya bidan..."kalau mcm nie lame ke kena tunggu..."
Bidan jawab..."tak lama...dalam 2-3jam...tapi baby awak kena engage dulu, dah mama jangan teran lagi. Kalau tak koyak belah dalam...."

Tak lama lepas tu, Dr. Fatimah datang...lagi sekali kena seluk. Ooooppppsss...
Dr. bagitahu jalan dah bukak 8cm, kepala baby tak rasa. 

Dr. : "awk nak tunggu @ czer...."
Kite org : "mana yang okey dr. "
Dr. : "kalau tunggu tapi baby tinggi still kena czer jgk"
Kite org : "ikut yang terbaik la dr., asalkan dua-dua selamat"

huhuhuhuhu...



Aku CZER weeeiiiii....

Nurse bagi ubat bontot untuk berak, pas aku dah membuang. Tukar baju untuk masuk bilik OT. Rasa time tu nyawa nie macam nak kena cabut...aku mintak maaf kat Incik Suami, mintak maaf dunia akhirat..halalkan semuanya...lepas tu terus nurse sorong aku masuk OT.

Masa kat dalam OT tu, pakar bius pon bius aku kat tulang belakang...KEBAS.
Bila dah kebas...apa lagi depa pon membeleh perot boyot aku. Sepanjang proses melapah perut tu aku just baca ayat qursi je...satu bunyi pon aku tak dengar...ting tang tung tang...apa bunyi pon tak ada....kat kepala aku ada Dr. yang teman. Dr. tu bagi sebagai peneman dan untuk menengkan aku. Tapi aku dengar tak dengar je apa Dr. tu kate...huhuhuhu...

Kerja melapah tu 40 minit je...
Sebab aku masuk OT kul 9.00 am, kul 9.28 am baby aku dah keluar...
Aku dia bawak keluar bilik OT kul 9.40 am....
Kejap je wei...

huhuhuhu....
Lepas kelaur bilik OT tu aku mula dah tak sedar apa jadi...
Tido...lena...

Dengan itu, RASMI lah aku jadi seorang IBU!



 till then, 
Dhya Surya.




1 comments:

Unknown on Thursday, 23 January, 2014 said...

Laaa..mati2 sy engt awk normalllll..selambe je awk jln ms sy g aritu..huhu..tabik la nya..

Mmg kne seluk ek?
Blom dpt byg lg..huhu
Neway bby zakwan da ensem la skgg...geram tgk!

"Ya allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-mu."

Aamiin ya rabbal aa'lamiin.

 

one + one = three ?? Copyright © 2012 Designed by Ipietoon Sponsored by Online Shop Vector by Artshare Re-Design By Nabila Medan